Pertandingan Mewarna Klik Dengan Bijak

8 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Selising akan mengadakan  “Pertandingan Mewarna Klik Dengan Bijak” pada 7 Jun 2015 bertempat di PI Selising. Pertandingan ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang. “Pertandingan Mewarna Klik Dengan Bijak” akan disertai oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah  yang melibatkan seramai 20 orang peserta dari kalangan kanak-kanak penduduk Selising. Bagi memeriahkan lagi pertandingan ini, Pusat Internet Selising menjemput bersama isteri YB DUN Selising. Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk pengenalan kepada ibubapa peserta  tentang kewujudan Pusat Internet Selising, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di masa hadapan dan program-program yang ditawarkan di Pusat Internet Selising. Di samping untuk menambahkan keahlian PI Selising .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas